Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 21, 2011




Tiada yang paling memalukan dan mengerikan kita apabila direject! Baru je cakap, “Hi!” dia buat tak tahu je…Baru je kita senyum kat dia, muka dia selamba macam kita tak ada pun kat depan dia! Frust dan malu, kan?!
Itu belum Cinta Kena Reject… baru tegur-tegur dan ajak keluar. Kalau kita berminat dengan dia, kita nak sangat buat dia special, nak couple…nak bercinta tapi di REJECT? Fuuuuhhhh… lagi lah MALU!!
The truth is kita akan sembuh dari cinta yang ditolak ini. Dan walaupun kita boleh jadi gila kerana tersangat mencintai seseorang, kita tetap tidak dapat memaksa orang mencintai kita. Terpaksalah kita terima malu itu…
Ini adalah masa yang paling kritikal. Sewaktu inilah kita perlukan kawan-kawan yang selalu memberi semangat dan  famili yang memahami.  ALSO, this is not the time you nak buat perubahan beb, just because you kena reject over something tentang diri you yang tak berapa okay to him/her, so you pun nak berubah… NOOO!!
It’s too late dah…but if you nak berubah for the better well at least berubah kerana you mahukan diri you to feel better or even to look better, thats okay. Besides that… just go on seperti normal days je.


JADI, untuk mengelakkan diri kita kecewa, frustrated, marah, berduka cita, malu kerana REJECTED, dan, selalu ingat,
“Mengapa kita berpisah? Mengapa putus? Mengapa dia tidak mahukan aku? Mengapa cinta aku ditolak?…well, sebab dia tidak sesuai dan dia bukan untuk aku, cinta aku yang sebenar-benarnya akan hadir nanti!”

haish ! macam2 la kau punye dugaan !


Cinta..cinta..ramai sangat suka bercinta kan? semua orang nak bercinta dan harapkan cinta dari seorang yang sangat disukai..jangan risau, semua orang macam tu. Kalau budak sekolah kita katakan cinta monyet..tapi monyet pun janganlah sampai kita jadi macam monyet sampai tak tahu mana tindakan manusia atau tindakan monyet. Tulah dugaan cinta..kita semua akan diuji cinta.Ramai juga yang mati atau bunuh diri sebab cinta..Betul kan?
Semuanya sebab tak mampu nak menampung dugaan cinta ni..tapi ada nampak ke cinta tu? takde kan? tu semuanya di hati..jadi jagalah hati sebaiknya untuk mendapat atau memberi cinta sebaiknya..jangan kita dikawal hati..
Dugaan cinta sepanjang hidup ialah:
  1. 1. Zaman sekolah rendah: Kita mula suka kat seseorang. kat sini cinta atau hati mula mencari seseorang untuk kita sukai atau cintai..ni memang cinta monyet sebab apa kita suka hanyalah kecantikan dan kegayaan lelaki tersebut
  2. 2. Zaman sekolah menengah: Masa nilah cinta bertukar menjadi nafsu..tu bahaya sebab kebanyakkan cinta diuji oleh Syaitan dengan nafsu..jika tak dapat kawal, kita akan merana seumur hidup..ramai juga yang terlanjur..ramai juga yang berakhir di rumah jagaan..ramai juga yang terbuang anak dimerata-rata dan mencipta dosa seumur hidup..nauzubillah..minta jauh sangat2..
  3. 3. Zaman matrik/IPT: masa ni lagi teruk..kita tak dikongkong siapa-siapa pun tau..kita bebas..nafsu kita makin membuak-buak..jika tak dikawal, lagi teruk..tapi jika dapat dikawal, masa nilah rasanya sangat manis dan bahagia..betul sebab kita akan berbincang untuk bahagia bila dah berkahwin nanti..masa nilah ayat2 cinta akan diluahkan sepenuh hati..dan masa nilah juga untuk korek diri sebenar pasangan kita..bergaduh, bergurau dan bercerita memang syok..tapi ingat, jangan hati mengawal kita, tapi kita yang mengawal hati..masa ni juga syaitan akan duga kita dengan membuatkan kita rasa bahagia bila berkahwin nanti..kenapa? sebab dia tahu, kalau kahwin masa belajar banyak risiko dan dugaan nanti, jadi lagi senanglah si setan ni nak buat kerja.
  4. 4. Zaman Nak Kahwin: wahhh masa nilah dugaan cinta sangat besar..perasaaan kita akan jadi tawar, manis, manis, pahit dan macam2 lagi lah..kenapa? sebab syaitan duga hati kita untuk cuba tidak mendirikan rumahtangga..walaupun asalnya tadi dia suruhkan? tapi masa bila macam dah konfirm nak kahwin, setanlah akan gundah gulana..tadi rupanya dia acah-acah kita je untuk suka berkahwin..masa dah siap kad kahwin, lagi teruk dugaan dia bagi tau..nanti korang yang nak kahwin tu tahu lah macamana..yang dah kahwin, mesti dah faham situasi ni..tapi jangan risau,  ingat KEYWORD ini: Biar kita kawal hati tapi buka hati yang mengawal kita. Ingat, dia pilihan kita, jadi tetapkan iman dan hati..insyallah selamat
  5. 5. Zaman Mula Berkahwin: mula-mula memang syok sebab apa yang kita rancang dah berjaya..dah boleh duk serumah..dah boleh pegang tangan atau apa sahaja tanpa malu lagi :) …tapi dugaan syaitan ni takkan habis punye..dah duk serumah, mulalah si setan ni nak mengganggu..dia akn buat kita rasa terkongkonglah..rasa bini atau suami busybody lah..dan macam2..kalau duk rumah mertua tu, lagi kuat dugaannya..hoho..jadi fikirlah yang terbaik untuk family kita dan KEYWORD nya ialah: Selalu bersyukur dengan apa yang ada dan kawal hati untuk tetap pada yang satu..
  6. 6. Zaman Dah Lama Kahwin: kekadang tak lama pun sebenarnya..tulah dugaan untum cari lain..hoho..ni paling teruk tau..sebab kejayaan syaitan yang optimum ialah dapat meruntuhkan ikatan perkahwinan..hoho..tu kira kejayaan terbaiklah tu, boleh beri anugerah dah tu..jadi tulah si syaitan ni uji kita macam2..nauzubillah..masalah ni iman dan hati kita kena kawal sebaiknya. Sebab hati yang leka akan mudah dikawal syaitan..
Insyallah..rasanya kita semua dah nampak kan? ni nasihat untuk saya dan kita semua..saya juga insan tak sempurna dan jahat..tapi tak semestinya kita ni tak boleh berubah ke arah kebaikan..Ingat: Jangan biarkan hati mengawal kita tapi kitalah yang mengawal hati..Wallahualam..

Saturday, August 20, 2011

Dulu berdua sekarang solo ;(

Pernah tak korang berkawan semula dgn ex-boyfren or girlfren korang walaupun korang dh 'break'?? Walaupun dh 'break' tp korang bleh lg tima diorang jd kawan korang? Ada sesetengah orang bila dh putus tak kira la siapa yg memutuskan hubungan tu mmg ssh nk berkawan semula. Konon2nya dia dh mengecewakan hati korang so korang seakan-akan berdendam dgn dia. Sampai mati pn korang xkan maafkan dia konon-kononnya la.

Memang susah nk memaafkan orang yg pernah melukakan hati kita. Aku pn susah nk memaafkan orang yg btol2 melukakan ati aku. Tapi dlm byk2 sorg jer aku xdpt nk maafkan sbb dia btol2 penipu besar. Dalam dok minta maaf msh lg bleh menipu. Tak bleh blah btol!! Wujud juga org mcm ni kat dunia ni. Eh sapa kata xwujud? Dunia sekarang apa2 pn tak mustahil. Cicak pun bleh mkn kambing. Dan yg paling sempoi tahap dewa, cicak boleh tercekik kuku! wakakaka..

Dan aku tergolong dlm individu yg masih lg boleh menjadi kawan baik ex-boyfren aku walaupun dia pernah melukakan hati aku. Pelik? Tapi itulah aku. Aku tak pandai nk berdendam. Kadang-kadang aku marah pd diri sendiri. Dh tahu dia pnh luka kan ati aku np aku masih bleh tima dia sebagai kwn? Entah! Aku pun tak pasti. Kadang2 bila kuar tiba2 terjumpa ex-boy siap bleh tegur n senyum lg. Pe kejadahnya tu? Kalo org lain bleh ke jd seperti aku?? Tah2 selisih tepi bahu pun jgn harap nk pandang muka. ish2...

Mungkin aku semakin matang kot. Yeke? Biasalah pengalaman akan mendewasakan kita. Waktu kita sekolah dulu tak sama dgn sekarang. Mungkin aku fikir itu kisah cinta zaman budak2..Mungkin...Mungkin je la,..(utk menyedapkan ati sendiri barangkali). Aku tak pandai berdendam. Sungguh! Dan kadang2 aku ingin berdendam. Tapi aku tak boleh! Pelik! Ya sangat pelik. Kenapa ek? Hati aku ni keras sangat ke?? Ke saja2 nk buat keras?? Mungkin....

Hidup lg ke atau dh...... Kadang2 menjadi kwn lbh baik dr menjadi kekasih. Bila dh jd kawan, ada plak keserasian tak mcm ms couple. Pelik2..Tapi itulah kenyataan.. Cuma, tak semua orang bleh tima bekas kekasih sbgai kwn. Mungkin itu terserah pd individu itu masing2. Aku sendiri walaupun dilukai dgn teruk, aku masih bleh tima diorang menjadi kwn kecuali dlm kes2 tertentu yg mmg aku xleh maafkn dia sbb dia kata nk bomohkan aku. Mengong betol! Siap maki2 aku lg. Dia yg buat slh nk maki aku plak bila aku tak nk tima dia. Pe kejadahnya tu???

Itulah ragam manusia. Tak pernah nk bersyukur dgn apa yg dimiliki dan tak pernah nk jujur dgn diri sndiri atau dgn orang lain.. Bila dh terkantoi baru nk terngadah!! (Peribahasa apa ni). Lantak korang la..Pilihan ada di tangan masing2 cuma kita jer kena pandai buat pilihan dan jgn sesekali menyesal dgn pilihan yg korang buat. Dan terpulang la sm ada korang bleh ke nk kwn blk dgn org yg penah luka kn ati korang?????

Apa yg aku lihat, lelaki akn lebih emo bila dilukai oleh insan yg bernama wanita. Kenapa eyh? Ni sbb bila lelaki dh sayangkn seseorang cewek tu dia akan buang segala egonya dan sanggup buat apa sj utk org yg disayangi. Kadang2 yg xromantik pn bleh jd romantik. Yg xpnh beli bunga pn dh jd mat bunga btol tak wahai para lelaki?? Sbb tu bila insan yg bernama lelaki "kecewa" mereka sekaligus akan rasa diri mereka dikhianati dan segala yg mereka lakukan tuk si gadis2 manis itu seakan sia-sia smpaikan mereka dh tak percayakan perempuan sekaligus menjadikan gadis2 manis yg lain yg tak bersalah menjadi mangsa keadaan dipermainkan oleh lelaki. Perlu ke begitu??

Cuma apa yg kita lakukan perlu di ingat hati orang perlu dijaga walaupn terpaksa mengorbankan ati sendiri. Berkorban itu perlu namun jgn smpai at sndiri turut terkorban smpai xsempat nk mengucap..Dan aku terlalu byk berkorban.. Aku harap pengorbanan itu tdk sia2.. Dan tembok2 yg memagari hati ini akan runtuh bila tiba masanya. Yg pasti perlu ada seseorang yg berjaya meruntuh tembok2 itu....INSYAALLAH.. 
siapakah seseorang itu????? 

Followers