Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 26, 2011

cerita hati wanita

lelaki memang sempurna tapi.. tapi apa ye ? Saya sambung, laki memang sempurna tapi perempuan lebih sempurna..ok, perempuan memang sempurna tapi lelaki tak pernah menghargai. Tak pernah menghargai perempuani dan juga dirinya. Setuju? Bagus.



Situasi A
Susah untuk melupakan bekas teman wanita atau dalam bahasa mudahnya tidak pernah menghargai cinta baru. ok, apa perasaan korang apabila mengetahui bf korang masih teringat-ingat dan membandingkan2kan korang dengan bekasnya walaupun telah berpisah setahun lamanya? Lebih dahsyat lagi apabila bf itu sering disakiti dan dimarahi ketika bersama bekasnya tetapi bf korang  masih teringatkan cinta lama. Mungkin sesetengah orang akan berkata, biasalah cinta pertama. Memang susah nak dilupakan. Yes! itu betul tetapi sedar tak yang korang bercinta hanya untuk disakiti?
Situasi B
Mengharapakan perempuan memulakan semuanya. Situasi ini adalah perkara yang sering berlaku bagi mereka yang sedang bercinta. Saya ada seorang kawan, mengadu dan minta pendapat apa yang saya akan buat kalau bf kita susah nak sms dan susah nak call kita. Pendapat saya senang je, saya biarkan bf tu, bagi dia rasa. Haha!. Okei saya melawak kali kedua. Sebenarnya masalah ini adalah kecil dan biasa tetapi ada sesetengah perempuan, dia akan merasakan dirinya seperti terhegeh-hegeh untuk mendapatkan cinta walhal cinta itu adalah daripada bfnya sendiri. Mengharapakan si bf paham ngan situasi tang berlaku..mmg payah.bukan la saya mengatakan lelaki tidak mengemari untuk sms o call awek dorg..tpi kebanyakan lelaki banyak mementingkan kawan dari awek nye sendiri.adakala apabila si awek beri sms ketika si bf tngah hang out ngan kawan2.mmg ta dapat respon yang baek la..kadang2 ble si bf nie tensyen ke ape,si awex jgak la jadi mangsa mara nye..aduhh!!kecian nye..Semua hal dia akan mulakan seperti seseorang yang gilakan sesuatu.
Adakah ini dinamakan cinta sejati? Apa salahnya korang menghargai cinta wanita. Tidak perlu ego dan hipokrit. Cuba korang bayangkan perasaan seseorang lelaki sekiranya wanita bertindak sedemikian. Rasanya tidak perlu untuk perempuan memulakan semuanya. Sebagai lelaki dan bf, anda cubalah untuk menghargai cinta darinya.
Kepada mereka yang mengalami keadaan ini, cubalah bertolak ansur. Pikir yang mana positif, kadang-kadang ada baiknya bila seseorang wanita mengambil berat tentang pasangannya. Bukan semua wanita suka mengongkong. Berkawan memang tidak salah tetapi biarlah kena pada tempatnya

0 comments:

Followers